DASAR PRIVASI
Dasar Privasi ini menerangkan cara maklumat peribadi anda dikumpul, digunakan, dan dikongsi apabila anda melawat atau membuat pembelian daripada http://www.mpfunds.com (“Laman” dan “Syarikat”)

MAKLUMAT PERIBADI YANG KAMI KUMPUL
Apabila anda melawati Laman, kami secara automatik mengumpul maklumat tertentu mengenai peranti anda, termasuk maklumat mengenai pelayar web anda, alamat IP, zon waktu, dan beberapa kuki yang dipasang pada peranti anda. Selain itu, semasa anda melayari Laman, kami akan mengumpulkan maklumat mengenai halaman web individu atau produk yang anda lihat, laman web atau istilah carian yang merujuk anda kepada Laman, dan maklumat mengenai cara anda berinteraksi dengan Laman. Kami menamakan maklumat terkumpul secara automatik ini sebagai “Maklumat Peranti.”

Kami mengumpulkan Maklumat Peranti menggunakan teknologi berkenaan:

– “Kuki” ialah fail data yang diletakkan pada peranti atau komputer anda dan selalunya disertakan dengan pengecam unik tanpa nama. Untuk maklumat lanjut tentang kuki, dan cara untuk melumpuhkan kuki, layari http://www.allaboutcookies.org.
– “Fail log” menjejak tindakan yang berlaku di Laman, dan mengumpulkan data termasuk alamat IP, jenis pelayar, penyedia perkhidmatan Internet, halaman rujukan/keluar, dan setem tarikh/masa anda.
– “Isyarat web,” “tag,” and “piksel” ialah fail elektronik yang digunakan bagi merekodkan maklumat tentang cara anda melayari Laman.

Selain itu, apabila anda membuat pembelian atau percubaan membuat pembelian melalui Laman, kami akan mengumpul maklumat tertentu daripada anda, termasuk nama, alamat pengebilan, alamat penghantaran, maklumat pembayaran (termasuk nombor kad kredit), alamat e-mel, dan nombor telefon anda. Kami menamakan maklumat ini sebagai “Maklumat Pesanan.” Semua maklumat berkaitan pembayaran dikumpul dan diproses oleh penyedia pihak ketiga (PayPal, Stripe, World Remit, dll.) dan kami tidak menyimpan salinan maklumat tersebut dalam sistem kami.

Apabila kami bercakap tentang “Maklumat Peribadi” dalam Dasar Privasi ini, kami bermaksud kedua-dua Maklumat Peranti dan Maklumat Pesanan.

BAGAIMANAKAH KAMI MENGGUNAKAN MAKLUMAT PERIBADI ANDA?
Kami menggunakan Maklumat Pesanan yang kami kumpulkan secara amnya untuk memenuhi sebarang pesanan yang dibuat melalui Laman (termasuk memproses maklumat pembayaran anda, dan memberikan anda invois dan/atau pengesahan pesanan).

Kami menggunakan Maklumat Peranti yang kami kumpulkan untuk membantu kami menapis kemungkinan risiko dan penipuan (khususnya alamat IP anda), dan secara amnya untuk menambah baik dan mengoptimumkan Laman kami (contohnya, menjana analisis tentang cara pelanggan kami melayari dan berinteraksi dengan Laman, dan untuk menilai kejayaan kempen promosi kami).

BERKONGSI MAKLUMAT PERIBADI ANDA
Kami hanya berkongsi Maklumat Peribadi anda dengan pihak ketiga bagi membantu kami memberikan perkhidmatan kepada anda. Contohnya, kami menggunakan Godaddy bagi memperkasakan kedai dalam talian kami–anda boleh membaca lebih lanjut berkenaan cara Godaddy menggunakan Maklumat Peribadi anda di sini: https://ca.godaddy.com/legal/agreements/privacy-policy.

Akhir sekali, kami juga mungkin akan berkongsi Maklumat Peribadi anda bagi mematuhi peraturan dan undang-undang berkenaan, bagi menjawab sepina, waran geledah atau permintaan sah perihal maklumat lain yang kami terima, atau bagi melindungi hak kami.

JANGAN JEJAK
Sila ambil perhatian bahawa kami tidak mengubah amalan pengumpulan dan penggunaan data Laman apabila kami melihat isyarat Jangan Jejak dari pelayar anda.

PENGEKALAN DATA
Apabila anda membuat pesanan melalui Laman, kami akan mengekalkan Maklumat Pesanan untuk rekod kami melainkan dan sehingga anda meminta untuk menghapuskan maklumat bekenaan.

PERUBAHAN
Kami mungkin mengemas kini dasar privasi ini dari semasa ke semasa untuk menilai, sebagai contoh, perubahan amalan kami atau atas sebab pengendalian, undang-undang atau peraturan yang lain.

HUBUNGI KAMI
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai amalan privasi kami, jika anda mempunyai soalan, atau anda ingin membuat aduan, sila hubungi kami melalui e-mel di support@mpfunds.com